Encik Zuraimi
Setahu saya, saya belum pernah menulis sebarang cerita tentang pekerjaan baru saya di dalam blog yang low-profile ini. Saya bekerja di Jabatan Perdana Menteri di mana office saya agak pelik kerana mempunyai banyak kubah2 berwarna hijau di samping laluan-laluan yang amat mengelirukan terutama kepada pelawat2 yang baru pertama kali memasuki Bangunan Perdana Putra ini. Di samping itu, saya juga tidak pernah terfikir sebelum ini yang satu hari nanti, rupanya office saya terletak hanya di tingkat bawah office Perdana Menteri kita.
Setakat ini, saya belum lagi diberikan tugas2 yang spesifik memandangkan saya belum lagi mengikuti kursus Diploma Pentadbiran Awam. Saya banyak melakukan kerja2 yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini terutamanya menulis kertas kerja yang kadangkala memeningkan kepala saya. Namun yang demikian, Timbalan Pengarah saya yang cantik dan baik hati bernama Cik Fairul Azida selalu menasihatkan saya. "Awak kena banyak membaca supaya awak boleh tulis kertas kerja yang baik. Kertas kerja awak baik, tapi banyak benda yang perlu diperbaiki." Selain itu, perkara yang saya selalu lakukan adalah menghadiri meeting di sana dan di sini. Ada meeting yang dihadiri oleh Dato', Datin, CEO, MD, Chairman, En/Cik (biase gile), Ketua Pengarah, Pengarah, Ketua Setiausaha Kementerian, balaci, driver, pegawai am rendah dan sebagainya. Kadang kala ia membuatkan kepala saya menjadi letih dan semakin lama tidak dapat berfungsi dengan baik.
Saya tidak mempunyai banyak kenalan rapat di Bangunan Perdana Putra ini. Namun saya berasa sangat berbesar hati kerana mempunyai sejumlah kecil kawan baik yang sememangnya baik dengan saya. Nama-nama mereka adalah Hani, Nurul, Syurina, Amalina dan Sarah. Mereka memang best dan kelakar. Kami suka bergelak ketawa dan melakukan perkara-perkara bodoh yang jarang2 dilakukan oleh penghuni Bangunan Perdana Putra ini. Walaupun saya seorang sahaja lelaki yang tinggal di HQ ini (kawan-kawan yang lain semua ditempatkan di state), namun mereka tidak pernah meninggalkan saya. "mie, kitorang tunggu kat kafe, breakfast","Mie, turun bawah kitorang tunggu ko lunch","Mie, kang ada makan free, kitorang tunggu kat Dewan Persidangan","Mie, kitorang nak lepak kat Alamanda, ko nak ikut tak","Mie, kang kitorang datang support ko baca doa" dan sebagainya. Walaupun sekali-sekala saya dibuli, namun saya tetap berasa seronok kerana mereka sering membantu saya ketika susah dan senang.
Kadangkala saya berasa bosan di pejabat yang cantik ini. Stone kata, kursus DPA sangat menyeronokkan. Ini membuatkan hati saya melonjak-lonjak dan tidak sabar menantikan hari yang sangat menyeronokkan itu. Saya ingin menambah sebanyak mungkin kenalan sepanjang kursus itu supaya kelak saya tidak berasa bosan bekerja di pejabat yang cantik ini.

eh ni ko copy balik karangan yg mase ko buat mase exam PTD tu ekk? patut ah.. hehehe
Posted by
tippie |
4:42 PM
Get your High School Diploma, Or any Desired College Degree, In less then 2 weeks.
Call this number now 24 hours a day 7 days a week (413) 208-3069
Get these Degrees NOW!!!
High School Diploma "BA", "BSc", "MA", "MSc", "MBA", "PHD",
Get everything within 2 weeks.
100% verifiable, this is a real deal
Act now you owe it to your future.
(413) 208-3069 call now 24 hours a day, 7 days a week.
Posted by
louiswilliams16436926 |
1:20 AM
hahahha..encik zuraimi. anda akan menempuhi pelbagai pengalaman pelik sepanjang DPA nanti. tidak semuanya menyeronokkan, tetapi di akhir hari nanti pasti anda berasa puas.
selamat berkhidmat dan jgn banyak minum kopi/teh :P
Posted by
stone |
7:31 PM
aku rasa nak cucuk mata aku ngn garpu..tak thn baca karangan sempurna ko nih..dah pi lawat blog aku plak
Posted by
konabaring |
12:57 PM
muehehehehe...preett(terkentut)
kalu Cikgu Azmi Sompong baca karangan nih bangga dia. cukup kemas dan berjaya membawa pembaca ke alam ko. sempoi~ preett
Posted by
En.Cannabis |
8:09 PM